Apa itu fail .ssj?
Fail .ssj ialah fail simpanan Kalkulator SSJ.
Di dalamnya ada data JSON. JSON itu disimpan dalam bentuk encrypted.
Encryption semasa menggunakan AES-GCM melalui Web Crypto API dalam browser. Setiap save menggunakan IV rawak.
Kalkulator SSJ direka supaya kiraan utama berjalan dalam browser dan peranti pengguna. Data surat tidak dihantar ke server SSJ untuk dikira.
Kiraan dalam peranti. Fail .ssj dikawal oleh pengguna. Server SSJ tidak menyimpan database surat pengguna.
Fail .ssj ialah fail simpanan Kalkulator SSJ.
Di dalamnya ada data JSON. JSON itu disimpan dalam bentuk encrypted.
Encryption semasa menggunakan AES-GCM melalui Web Crypto API dalam browser. Setiap save menggunakan IV rawak.
Fail .ssj menyimpan data yang diperlukan untuk buka semula kiraan surat.
SSJ simpan snapshot terakhir dalam browser peranti pengguna. Sebab itu, tutup dan buka semula kalkulator kadang-kadang masih paparkan data surat lama.
Data ini bukan database server SSJ, Bila Reset semua atau padam cache browser, semua data boleh hilang.
Apabila pengguna tekan Save surat, browser akan download fail .ssj ke peranti pengguna.
Server SSJ tidak menyimpan salinan fail itu. Pengguna urus sendiri simpanan, backup dan delete.
Jika pengguna pilih storan cloud seperti Google Drive atau Dropbox, fail .ssj disimpan dalam akaun cloud pengguna sendiri. Untuk Dropbox, lokasi default ialah /Apps/SSJ/Surat/. SSJ hanya guna sambungan cloud untuk save/load fail .ssj; server SSJ tidak menyimpan salinan fail itu.
Untuk kiraan biasa, kandungan surat tidak disimpan dalam database SSJ.
Seperti website biasa, server atau CDN masih boleh mempunyai log teknikal seperti IP, masa akses, maklumat browser, error log dan rekod keselamatan asas.
Pengguna boleh buat semakan ringkas ini.
Jika kalkulator masih boleh kira, itu menunjukkan kiraan utama berjalan dalam browser dan peranti pengguna.
Nota: refresh harga, storan cloud save/load dan link luar memang perlukan internet.
Fail .ssj bukan fail teks biasa. Jika dibuka dengan Notepad, data kiraan tidak terus kelihatan.
Namun, .ssj bukan vault password untuk setiap pengguna. Jangan guna fail ini untuk simpan rahsia berat seperti nombor kad bank, nombor IC penuh atau dokumen identiti.
Pengguna mengawal fail .ssj sendiri.
Pengguna boleh simpan, backup, pindah atau delete fail .ssj dari peranti sendiri atau storan cloud yang pengguna sambungkan, seperti Google Drive atau Dropbox.
Untuk buang data local, padam data laman/site data untuk site ini melalui browser. Clear cache sahaja mungkin tidak cukup kerana data sementara boleh disimpan dalam browser storage.
Jika guna storan cloud, padam fail .ssj dari akaun cloud masing-masing.
Kalkulator SSJ adalah alat bantu kira matematik untuk Ar-Rahnu. SSJ bukan nasihat kewangan, bukan nasihat pelaburan, dan bukan fatwa Shariah. SSJ tidak mengeluarkan hukum Shariah.
Pengguna bertanggungjawab membuat keputusan kewangan sendiri berdasarkan pertimbangan peribadi, nasihat profesional dan pertimbangan Shariah. Pengguna yang mempunyai kemusykilan Shariah disarankan rujuk kepada Mufti atau pakar Shariah yang berkelayakan.
Hasil kiraan SSJ adalah anggaran. Keputusan akhir surat Ar-Rahnu mestilah disahkan dengan pihak Ar-Rahnu masing-masing.
SSJ menggunakan kadar dan formula yang dipercayai tepat semasa masa pembangunan. Bank dan pihak Ar-Rahnu mungkin mengubah kadar, caj atau polisi dari semasa ke semasa tanpa pemberitahuan.
Pengguna disarankan semak dengan pihak Ar-Rahnu sebelum buat keputusan kewangan besar.
Pengguna menggunakan SSJ atas risiko sendiri. SSJ, pemilik dan pembangunnya tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian kewangan, kesilapan kiraan atau keputusan yang dibuat berdasarkan output kalkulator ini.
Server dan CDN (Cloudflare) menyimpan log standard untuk keperluan keselamatan dan operasi:
Log ini disimpan untuk tempoh terhad dan tidak digabungkan dengan data surat pengguna.
© 2026 Tengku Azmawee (facebook.com/azmawee). Hak cipta terpelihara.
"Kalkulator SSJ", "Suratmu Suratku Jua", "Pak Jali" dan logo adalah tanda dagangan/karya asli yang dilindungi.