Pak Jali simpan emas 90g
Pak Jali ada 18 keping emas 5g. Dia simpan emas fizikal sebab tak mahu jual bila perlukan duit. Bila nampak peluang buka bisnes cuci lori dan bas, dia mula fikir cara guna emas itu dengan lebih bijak.

Pak Jali guna emas sebagai jambatan modal, kemudian guna Kalkulator SSJ untuk semak surat sebelum buat keputusan.
Pak Jali ada 18 keping emas 5g. Dia simpan emas fizikal sebab tak mahu jual bila perlukan duit. Bila nampak peluang buka bisnes cuci lori dan bas, dia mula fikir cara guna emas itu dengan lebih bijak.

Pak Jali gadai sebahagian emasnya di Ar-Rahnu untuk dapatkan tunai permulaan. Duit itu digunakan untuk beli peralatan cuci, sabun, tong air dan keperluan kerja.

Bisnes cuci lori dan bas mula bergerak. Pak Jali mula dapat pelanggan dan untung bulanan. Sebelum buat keputusan seterusnya, dia buka SSJ untuk tengok keadaan surat lama.

Setiap kali untung cukup, Pak Jali tebus semula sekeping 5g. Dia tak tunggu semua sekali. Emas mula pulang sedikit demi sedikit sambil bisnes terus berjalan.

Bila harga emas naik, Pak Jali semak Overlap atau Hoverlap untuk banding surat lama dan surat baru. Kalau ada baki tunai bersih, duit itu bukan untuk joli. Pak Jali boleh guna semula untuk beli emas baru, atau tebus sebahagian emas lama. Kadang-kadang tebus sebahagian lebih jimat berbanding beli emas baru.

Ada masa harga emas turun dan Pak Jali mula rasa risau. Tapi dia tak panik. Dia guna SSJ untuk semak kedudukan surat, tengok upah simpan dan faham keadaan sebenar.

Kadang-kadang hoverlap bukan pilihan terbaik. Bila itu berlaku, Pak Jali tengok pilihan reset surat supaya nampak sama ada lebih sesuai tambah tunai atau tambah gram.

Lepas habis tebus semua emas, bisnes Pak Jali berkembang maju. Ada orang kata sampai ke America dan Iran. Yang penting, surat dia dah tak serabut.

Mod dalam SSJ akan keluar automatik selepas data lengkap diisi. Tak perlu pilih manual, tukang kira akan baca keadaan surat dan tunjuk bahagian yang sesuai.
SSJ bantu semak kiraan Ar-Rahnu sebelum buat keputusan pada surat.
Lepas data lengkap, SSJ detect mod sendiri. Pak Jali tak perlu pening nak pilih mod satu-satu.
Untuk tengok keadaan surat semasa seperti jumlah tebus, upah simpan dan tempoh surat.
Untuk banding surat lama dan surat baru, termasuk bila Pak Jali nak tengok hasil overlap atau pilihan Ar-Rahnu lain.
Keluar bila harga baru lebih rendah dan overlap jadi negatif. SSJ bantu semak pilihan tambah tunai atau tambah gram.
Untuk semak jika nak tebus sebahagian emas tanpa tutup semua surat sekaligus.
Semudah 1, 2 dan 3. Pilih Ar-Rahnu, isi data surat, dan tengok hasil kiraan.
Pilih bank atau Ar-Rahnu yang nak disemak supaya formula dan kadar ikut pilihan itu.
Masukkan tarikh, harga emas, berat, mutu dan data surat yang diperlukan.
Semak nilai marhun, anggaran upah simpan, jumlah tebus dan hasil kiraan yang berkaitan.