FreeBSD untuk Malaysia, rujukan, pautan, dan komuniti tempatan.
Halaman ini hardcoded, untuk landing santai, rujukan utama tetap diblog dan FreeBSD Handbook
Pasang dan konfigurasi
Pemasangan, rangkaian, pf, jails, dan benda wajib untuk mesin 24/7.
Apa itu FreeBSD
FreeBSD ialah sistem operasi berasaskan UNIX yang dibangunkan sejak 1993 oleh komuniti terbuka, ia terkenal dengan kestabilan, prestasi rangkaian yang konsisten, dokumentasi yang kemas, dan model pelepasan kod yang terkawal, kernel dan userland dibangunkan seiring, jadi sistem rasa lebih tersusun, lebih boleh dijangka, dan senang untuk dihardening.
FreeBSD selalu jadi pilihan untuk router, server, storage, dan sistem yang kena hidup 24/7, bukan sebab gimik, tapi sebab kawalan penuh dan disiplin engineering.
Tentang buku FreeBSD - Seni Membina Rangkaian Rumah Moden
Buku ini merakam perjalanan membina sebuah sistem dan rangkaian rumah moden menggunakan FreeBSD, bermula dari sejarah awal internet, pemasangan pertama, dan asas sistem, seterusnya berkembang ke peranan FreeBSD sebagai router, pelayan rangkaian, storan, dan tulang belakang sistem yang hidup 24/7. Setiap bab ditulis berdasarkan pengalaman sebenar, bukan teori kosong, meliputi rangkaian, PPPoE, Wi‑Fi, encrypted DNS, AdGuard Home, NAS, web server, kernel, serta penjagaan sistem jangka panjang. Gaya penulisan berbentuk novel teknikal, menggabungkan penceritaan, realiti penggunaan harian, dan keputusan praktikal, supaya pembaca bukan sahaja tahu bagaimana sesuatu dibina, tetapi juga faham kenapa ia dibuat begitu. Buku ini ditujukan untuk pengguna biasa yang mahu memahami dan mengawal sistem sendiri, tanpa perlu terperangkap dengan jargon atau trend semata mata.
Status: in progress, maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.
Pautan rasmi
- Official FreeBSD - www.freebsd.org
- FreeBSD handbook - docs.freebsd.org
- Release Info - www.freebsd.org/releases/
- Hardware Notes 15.0 - 15.0R hardware notes
- Manual Pages - man.freebsd.org
Muat turun
FreeBSD 15.0 release tersedia untuk beberapa platform.
- amd64 - pc dan server x86-64
- aarch64 - arm 64-bit
- armv7 - arm 32-bit
- powerpc64 dan powerpc64le
- riscv64
Imej yang biasa digunakan:
- memstick.img - untuk buat installer usb
- disc1.iso - untuk virtual machine atau Installer media (CD atau USB)
- bootonly.iso atau mini-memstick.img - installer paling kecil, komponen didownload masa install
Minimum dan storage rough guide (pragmatik):
- amd64 - release media dijangka jalan pada mesin x86-64 paling kurang perlu 256 mb ram (0.245 GB ram)
- kalau tick ports masa install, ports perlukan storage lebih kurang 3 gb
- kalau tick src, source tree perlukan storage 1 gb, rebuild whole world perlukan extra 5 gb
Komuniti tempatan
Untuk geng Malaysia, boleh rujuk:
- MyBSD - komuniti BSD tempatan
FreeBSD dalam dunia sebenar (trademark atas syarikat masing-masing)
- Sony Playstation 4 - sistem operasi orbis os adalah fork daripada freebsd 9.0
- Apple - iphone dan mac guna sistem berteras bsd melalui darwin, satu keluarga unix
- Yahoo - pernah jadi antara laman web paling besar di dunia, infra mereka banyak dibina atas freebsd
- Whatsapp - pernah guna freebsd untuk urus trafik rangkaian berskala besar
- Facebook - historically menggunakan freebsd di belakang tabir untuk sebahagian infrastruktur
- Nintendo Wii - menggunakan sistem yang mempunyai komponen berasaskan bsd
- Panasonic Smart TV - sistem dalaman tv pintar panasonic ada komponen berasaskan bsd
- Samsung Smart TV - platform tizen dalam tv samsung menggunakan komponen bsd
- Netflix - sistem penghantaran video global netflix menggunakan freebsd di belakang tabir
Hubungi
Untuk sebarang urusan
fingerprint: 8BF7 D0AF CA45 5313 A3BF ACFB B90B 66C7 712D AA69
key type: rsa 4096-bit [SCEA]
dicipta: 2016-10-05
keyserver: keys.openpgp.org
public key: https://azmawee.freebsd.my/pgp